Tempatan

Kalimah Allah: ISMA Gesa Kerajaan Tarik Balik Pembatalan Rayuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa Perdana Menteri serta Kerajaan agar menarik semula pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah.

Presidennya, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat dalam sebuah kenyataan menyatakan kekesalan akan perkembangan pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah itu oleh pihak Kerajaan.

Katanya, “Kes kalimah Allah merupakan kes berkepentingan tinggi bagi umat Islam di Malaysia. Terkini, proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan yang terdahulu.”

BACA JUGA: Boleh Import Majalah Porno Selepas Ini? – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?

BACA JUGA: Kalimah Allah: Di Mana Kuasa Eksekutif Pihak Berkuasa Agama – Presiden PERKID

Beliau berkata, Kerajaan tidak perlu bertindak terburu-buru dengan membatalkan rayuan pembatalan kes kalimah Allah itu apatah lagi ia dilakukan secara senyap-senyap di luar pengetahuan masyarakat dan umat Islam.

“Apakah tujuan sebenar di sebalik pembatalan rayuan kes yang sedang berjalan di mahkamah? Tidakkah ini hanya menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi kes ini adalah kes yang melibatkan kepentingan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini.”

Mengulas lebih lanjut di Facebooknya, tindakan dangkal oleh pihak Kerajaan itu kelihatan tidak beradab kerana telah membelakangkan semua pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut seperti Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri, pasukan peguam yang terlibat secara langsung dalam kes itu malah umat Islam secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, ISMA menggesa agar Perdana Menteri serta pihak Kerajaan untuk menarik semula pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah itu demi kepentingan agama Islam dan umat Islam di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: