Tempatan

Kalimah Allah: Didakwa Mengelirukan Dewan Rakyat, MP Cadang PM Dihadapkan Ke Jawantankuasa Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanafi telah mencadangkan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana didakwa sengaja mengelirukan Dewan Rakyat.

Perkara berikut adalah berdasarkan kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan isu kalimah “Allah” yang dibuat di Parlimen dalam menjustifikasikan keputusan pihak Kerajaan untuk menarik balik rayuan bagi kes Jill Ireland.

BACA JUGA: Bakal Musnahkan Hutan Lumut, Aktivis Mohon Projek Tidak Diberi Kelulusan

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

Anwar pada 23 Mei lalu telah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau telah berunding dengan Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri Melayu sebelum membuat keputusan untuk menarik balik rayuan tersebut.

Namun Zulkafperi telah mendakwa bahawa Sultan Selangor menerusi sebuah kenyataan telah berkata bahawa perkara tersebut tidak dirujuk atau dibincangkan dengan baginda. Ujar Zulkafperi,

“Pada 23 Mei, Tambun (Anwar) menafikan tidak merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menarik balik rayuan kes Allah.”

“Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) tanya kepada Perdana Menteri sama ada Kerajaan ada merujuk kepada Raja-Raja Melayu dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri sebelum mereka ‘senyap-senyap’ menarik balik rayuan berhubung kes itu.”

Namun Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor sewaktu sesi perbahasan tersebut telah menyatakan agar Zulkafperi mengemukakan usul mengenai hal tersebut, yang mana Zulkafperi kemudiannya menyatakan bahawa beliau telahpun mengemukakan usul tersebut pada 8 Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: