Tempatan

Perak ‘Nadi’ Bekalan Babi Negara, Penternak Perlu Subsidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Negeri Perak adalah pengeluar babi terbesar di Malaysia di antara tahun 2009 dan 2020. Hal ini yang ditegaskan oleh ADUN DAP, Howard Lee Chuan How sekaligus membangkitkan isu pemberian subsidi dan bantuan kepada penternak.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2020 juga pernah mengeluarkan statistik di mana selain menjadi juara penternakan itik di Malaysia, Perak turut unggul sebagai ‘nadi’ bekalan babi negara.

Hal yang sama diutarakan oleh Chong Zhemin ADUN Keranji yang mendakwa berlakunya kenaikan harga daging babi secara drastik dalam tempoh enam bulan.

Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu menyatakan bahawa harga bagi 100 kilogram (kg) daging babi meningkat kepada RM1,200 berbanding RM700 sebelum ini.

Oleh itu, beliau menuntut kerajaan negeri mempertimbangkan subsidi kepada penternak haiwan berkenaan. Zhemin mendakwa permohonan ini selaras dengan kenaikan harga jualan daging tersebut.

Beliau mencadangkan tuntutan tersebut dalam sesi Soalan Lisan sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima DUN Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketika menjawab soalan berkenaan, Razman Zakarian Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak menjelaskan bahawa daging babi bukanlah makanan ruji (keperluan) seluruh rakyat Malaysia.

Ia berbeza dengan daging ayam di mana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu mengambil tindakan mengawal harga ayam dan memberikan subsidi.

Razman menegaskan tiada sebarang rungutan yang diterima daripada penternak babi mengenai isu ini.

Malah kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan pakej bantuan kepada penternak haiwan terbabit.

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: