Tempatan

Menteri Sanggah Tuduhan Buang Undi Adalah Perjudian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAGAN SERAI, 04 November 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyanggah sebuah tuduhan yang menyatakan bahawa proses pengundian diibaratkan sebagai satu bentuk perjudian.

Baru-baru ini, tular sebuah video daripada seorang bekas penyanyi nasyid yang menyatakan pendiriannya untuk tidak turun mengundi sewaktu Pilihan Raya Umum Ke–15 (PRU-15) nanti.

Bekas penyanyi nasyid itu mendakwa, calon yang mengeluarkan wang deposit sebagai pertaruhan diibaratkan sebagai pertaruhan judi.

Menurut Idris, wang deposit merupakan sebahagian ketetapan dalam pilihan raya bagi memastikan prosesnya berjalan dengan lancar.

“Jangan kita halalkan perkara haram dan haramkan perkara yang halal.”

Jelas beliau, proses pengundian tidak boleh disamakan dengan kegiatan judi yang dengan jelas haram di sisi agama Islam.

“Judi ini satu perkara lain, jadi saya harapkan perkara ini dapat diperbetulkan,” kata beliau sewaktu ditemui dalam Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon PAS di Parlimen Bagan Serai, semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: