Tempatan

Kalau Harga Makanan Kantin Tinggi, Pelajar Mesti Kurangkan Makan Di Kantin?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2023 – “Jangan pula lepas ini, Menteri Pendidikan mencari formula aras tinggi ajaran Rafizi Ramli bahawa kalau harga makanan kantin tinggi, maka “by right” pelajar mesti kurangkan makan di kantin,” demikian ulasan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan tentang isu kenaikan harga makanan kantin sekolah.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sekali gus mempersoalkan janji Kerajaan yang memberitahu akan mengambil masa dua minggu untuk menyelesaikan isu ini tetapi yang diterima hanyalah aduan daripada ibu bapa.

BACA JUGA: Bencana Alam: Biden Isytihar Darurat Kecemasan Di California

BACA JUGA: Telur Hilang: Mat Sabu Tengok Telur India?

BACA JUGA: Majlis 10,000 Tanglung Merah, Tanda Permulaan Baharu Malaysia – Lim Kit Siang

Datuk Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor memberitahu telah menerima aduan dari ibu bapa yang sudah kedengaran sejak bermulanya sesi persekolahan 2023 lagi, tetapi sehingga hari ini, belum ada apa-apa kenyataan daripada menteri yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, ibu bapa turut mengadu selain terpaksa berdepan dengan isu tersebut, mereka juga sebelum ini menghadapi masalah kenaikan tambang bas sekolah anak-anak mereka, ujar beliau.

Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan mencari penyelesaian bersama dengan pengusaha kantin bagi menyelesaikan masalah peningkatan harga bahan mentah di pasaran khususnya kesukaran untuk mendapatkan bekalan seperti telur, gula dan minyak masak yang menjadi punca kepada peningkatan harga makanan di kantin sekolah.

“Sepatutnya Menteri Pendidikan PH-BN ini segera bertemu pengusaha kantin untuk membincangkan penyelesaian dan mencapai kata sepakat. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil Bumiputera,” saran Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

Samudera.my sebelum ini melaporkan berkenaan kenaikan harga barang mentah yang semakin mahal sehingga memberi kesan dan mengakibatkan harga makanan di kantin sekolah meningkat sehingga 50% sejak minggu pertama sesi persekolahan tahun ini.

Yang Dipertuan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Encik Khairuddin Hamzah memaklumkan, antara menu yang mengalami kenaikan harga melibatkan roti canai, ayam goreng dan nasi lemak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: