Tempatan

Kakitangan Hospital Dilarang Guna Perkhidmatan Penghantar Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING, 11 Ogos 2022 – Tular di laman sosial petikan kenyataan sebuah hospital awam yang melarang kakitangan dan pesakit-pesakitnya dari menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Twitter Hartal Doktor Kontrak yang turut melampirkan gambar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di hospital tersebut adalah hasil dari keputusan mesyuarat pihak atasan hospital pada 26 Julai 2022 lepas.

Menurut kenyataan itu lagi ketetapan larangan itu dibuat antara lain berikutan terdapat laporan dan aduan peningkatan kuantiti sisa makanan/sampah sarap yang tidak terurus dan gangguan makhluk perosak yang telah menjejaskan kebersihan dalam wad.

“Sehubungan dengan itu, pihak kafeteria juga telah diingatkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan serta penyediaan makanan kepada warga kerja dan orang awam dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan permintaan,” kata pihak atasan hospital dalam kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: