Tempatan

Terengganu Tak Wajibkan Pelitup Muka Di Masjid & Surau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 21 Mac 2023 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk jemaah masjid dan surau di negeri itu.

“Semua para jemaah masjid dan surau diberi pilihan untuk memakai pelltup muka,” kata MAIDAM dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi pemakaian pelitup muka amat digalakkan.

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

BACA JUGA: Jemaah Haji B40 Terima Bantuan 61%, T20 Perlu Bayar Penuh

BACA JUGA: Mahkamah Tetapkan 30 Oktober Rayuan Status Jenazah Bekas Guru

Keputusan ini dibuat selepas melihat kepada perkembangan semasa kes positif COVID-19 di Negeri Terengganu daripada maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang menunjukkan kadar kemasukan pesakit kes COVID-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi (ICU) yang rendah dan semakin berkurangan.

Dalam kenyataan itu lagi, MAIDAM turut menyatakan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat dan berdoa semoga rakyat jelata sentiasa berada di dalam kerahmatan dan perlindungan Allah SWT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: