Tempatan

Kadar Ketidaksuburan Dalam Negara Tahap Membimbangkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 April 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada hari Rabu telah menyatakan bahawa masalah ketidaksuburan lelaki di negara ini berada di tahap yang membimbangkan.

Timbalan Menteri tersebut, Aiman Athirah Sabu telah membuat kenyataan berikut sewaktu sesi di Dewan Negara.

BACA JUGA: Guru Mangsa Phone Scam, Rugi RM91 Ribu

BACA JUGA: 8,000 Penjawat Awam Pahang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Kesal Kerajaan Buang Nikotin Dari Akta Racun

Menurutnya, kenyataan tersebut adalah berdasarkan data analisa sperma yang diperolehi daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menunjukkan bahawa 60 peratus daripada keputusan ujian menunjukkan keputusan yang tidak normal.

Menurut Aiman, perkara ini telah menyumbang secara langsung terhadap peningkatan masalah kesuburan dalam kalangan pasangan berkahwin di Malaysia.

Menurutnya lagi, kadar kelahiran di negara ini turut menunjukkan trend penurunan sejak daripada 40 tahun lalu dan ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan kadar kesuburan.

Data yang diperolehi daripada jabatan statistik pada tahun 2021 menunjukkan bahawa terdapat angka 1.7 anak bagi setiap wanita yang berkahwin.

Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri tersebut adalah bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Dominic Lau berkenaan dengan tindakan yang diambil oleh kementerian itu dalam menangani masalah penurunan kadar kelahiran di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: