Kadar Kematian Paling Tinggi Walaupun Selepas Vaksin Ke-4
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TEL AVIV, 24 Mac 2022 – Kadar kematian di kalangan mereka yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 di Israel amat membimbangkan kerana telah mencecah tahap yang paling tinggi dalam pandemik, menurut penyelidik data Jose Gefaell.
“Pada Januari-Februari-Mac tahun 2022, Kematian Disebabkan COVID dan Kematian Berlebihan Bagi Semua Punca adalah yang paling tinggi semasa dalam pandemik (kematian berlebihan hampir dua kali ganda berbanding 2021), terutamanya di kalangan yang berusia lebih daripada 65 tahun. Membimbangkan.”
BACA: Ramai Mengadu Sesak Nafas Selepas Booster
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Simptom Selepas Booster Mungkin Tanda Awal Pembentukan Darah Beku
Menurut beliau, hampir kesemua mereka yang telah meninggal dunia berusia 65 tahun ke atas telah pun lengkap dua dos vaksinasi manakala separuh daripada mereka sudah pun mengambil empat dos vaksinasi.
“Bagi 65 tahun ke atas, mereka alami kematian berlebihan dan kematian disebabkan COVID, 90% daripada mereka sekurang-kurangnya sudah mendapat 2 dos, 86% sekurang-kurangnya sudah mendapat 3 dos dan 45% sudah mendapat 4 dos.”
Pakar mikrobiologi, Dr Cameron Jones menegaskan agar negara lain turut mengambil berat akan maklumat ini, supaya rakyat mereka tidak menjadi mangsa kepada kelemahan pemimpin mereka yang tidak berfikiran saintifik.
“Jangan hanya menolak dengan alasan ‘ini cuma berlaku di Israel’ – lihatlah bagaimana polisi Australia yang cuma mengikut telunjuk pemimpin. Semua pemimpin dan birokrat yang lemah pemikiran dan pendidikan sains yang cuma mendiamkan diri atau yang membiarkan ini berlaku.”
Pada bulan Januari sebelum ini, tular di Twitter carta yang menunjukkan kes jangkitan COVID-19 di Israel mencatatkan peningkatan menakutkan kes jangkitan sehingga mencecah 9,893% tidak lama selepas rakyat negara itu mula menerima suntikan dos vaksin COVID-19 keempat.