Antarabangsa

Kadar Kelahiran Yahudi Israel Naik, Kelahiran Arab Israel Merudum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 19 Ogos 2022 – Data terkini melaporkan bahawa kadar kelahiran mereka yang berbangsa Yahudi meningkat berbanding rekod kelahiran Arab Israel.

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, umat Islam sebelum ini mempunyai kadar kelahiran yang tinggi tetapi kadar ini jatuh mendadak pada tahun 1995 hingga 2015.

Malah tujuh negara Arab adalah antara 12 negara yang mencatat penurunan terbesar di dunia dalam kadar kelahiran antara akhir 1970-an dan pertengahan 2000-an.

Yasser Arafat, pemimpin yang memerintah Palestin selama tiga setengah dekad menggelar rahim wanita Arab sebagai ‘senjata paling ampuh’.

Ini kerana unjuran demografi terdahulu menunjukkan bahawa orang Arab yang tinggal di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean jumlahnya melebihi orang Yahudi.

Situasi tersebut ternyata membimbangkan Benjamin Netanyahu, Perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel.

Pada tahun 2003, beliau mengatakan bahawa kadar kelahiran orang Arab Israel ketika itu lebih tinggi dan mendakwa ia mengancam Yahudi Israel.

Terdapat jurang demografi yang besar pada masa itu. Di Israel sendiri, wanita Arab melahirkan hampir dua kali lebih ramai anak secara purata berbanding wanita Yahudi.

Namun jurang itu telah ‘lompong’ sejak beberapa dekad lalu kerana kadar kelahiran orang Yahudi Israel yang terus meningkat mengatasi Arab Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: