Tempatan

Pemilik Bot Persendirian Perlu Lapor Diri Jika Ingin Hulur Bantuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 16 November 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihati pemilik-pemilik bot persendirian yang ingin membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir agar melaporkan keberadaan mereka kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pemilik bot persendirian boleh melapor diri di balai polis dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau di pos bantuan yang ditempatkan di kawasan masing-masing.

Jelasnya, kerjasama itu perlu bagi mengoptimumkan penggunaan aset dalam tempoh bencana di satu-satu lokasi.

“Kita memang memerlukan bantuan daripada masyarakat setempat yang bukan sahaja mahir dalam pengendalian bot, malah lebih tahu selok-belok kawasan masing-masing.”

“Kerjasama itu akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses bantuan menyelamat mangsa banjir.”

Tambahnya, menerusi kerjasama itu, agensi keselamatan akan membantu membekalkan keperluan kepada pemilik atau pengendali bot termasuk jaket keselamatan dan bahan api.

“Pemilik bot persendirian perlu mempunyai sekurang-kurangnya jaket keselamatan. Walaupun mereka mahir dalam keadaan arus banjir, namun kita tidak tahu perkara yang akan berlaku di luar jangkaan.”

“Mereka yang tidak ada jaket keselamatan, kita cuba bekalkan sekurang-kurangnya untuk pengendali bot.”

Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, pemilik bot persendirian di sesetengah tempat sudah dikenal pasti dan JBPM juga sudah membuat latihan menyelamat bersama mereka yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: