Tempatan

Kadar Faedah Naik, Harga Barang Bakal Naik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 09 September 2022 – Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim menjangkakan harga barang seperti makanan dan perkhidmatan akan naik susulan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Apabila OPR dinaikkan, sudah pasti ia memberi impak kepada pengguna terutama melibatkan urusan pinjaman bank sebagai contoh kenaikan bayaran pinjaman kenderaan dan pinjaman perumahan,” katanya menurut laporan sebuah portal semalam.

“Mengapa harga dedak itu naik? Ia disebabkan pembekal yang berdepan kenaikan kadar faedah pinjaman bertindak menaikkan harga yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna yang terpaksa membeli barangan dengan harga jauh lebih mahal.”

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan kadar faedah buat kali ketiga berturut-turut untuk tahun ini, sejak Mei dan Julai lalu.
Kadar faedah itu dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Justeru itu, Mohd Faisol menyeru setiap kementerian yang berkaitan untuk mewujudkan satu skim atau mekanisme kawalan harga bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan kos barang keperluan dan sebagainya.

Dalam satu kenyataan, BNM mengatakan bahawa tekanan inflasi kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja yang ketat, meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik.

“Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat,” kata BNM.

Menurut Prof Jomo KS, tokoh ekonomi negara, langkah menaikkan kadar bunga tidak akan meredakan inflasi.

“Hujah-hujah yang dikemukakan itu (untuk meningkatkan kadar bunga bagi mengawal inflasi) dari segi teorinya boleh diterima akal. Tapi dari segi praktikal dan apa yang sedang berlaku di dunia mahupun di Malaysia, ini tidak boleh diterima akal,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: