Tempatan

Kadar Cukai Tanah Baharu Sarawak Berkuat Kuasa 1 Jan 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 29 Disember 2022 – Kadar cukai tanah baharu untuk 59,710 pemilik hakmilik tanah di Sarawak akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023, maklum Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak dalam satu kenyataan.

“Untuk makluman, cukai tanah semasa telah diguna pakai sejak tahun 1994 iaitu selama 28 tahun,” kata unit itu lagi.

Melalui semakan semula itu, kadar cukai tanah baharu adalah seperti berikut:

i. bagi kegunaan rumah kedai (shophouse) dari RM0.22 hingga RM1.62 semeter persegi;

ii. bagi kegunaan komersial selain dari rumah kedai (shophouse) dan bagi kegunaan pelabuhan, perlombongan serta mineral dan galian adalah dari RM0.20 hingga RM1.46 semeter persegi;

iii. bagi kegunaan industri dari RM0.09 hingga RM0.43 semeter persegi;

iv. bagi kegunaan pejabat dan pembangunan bercampur dari RM0.05 hingga RM0.23 semeter persegi;

v. bagi kegunaan rekreasi dari RM0.03 hingga RM0.12 semeter persegi;

vi. bagi kegunaan industri minyak dan gas pada kadar RM0.54 semeter persegi;

vii. bagi lain-lain kegunaan tanah dari RM0.02 hingga RM0.08 semeter persegi; dan

viii. bagi tanah pertanian berkeluasan melebihi 100 ekar (40.47 hektar) (Ladang Komersil), kadar cukai tanah baharu adalah RM30.00 sehektar. Kadar cukai RM25.00 sehektar adalah dikutip sebagai cukai tanah manakala RM5.00 sehektar adalah dikutip oleh jabatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan menggantikan levi perladangan.

Walau bagaimanapun, semakan cukai ini tidak melibatkan tanah yang telah dimansuhkan cukai pada tahun 2016 iaitu;

i. tanah kegunaan pertanian berkeluasan kurang dari 100 ekar, dan

ii. tanah kegunaan kediaman.

“Para pemilik tanah boleh membuat semakan cukai baharu di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian. Di samping itu, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Jabatan iaitu di https://landsurvey.sarawak.gov.my/ bermula pada 1 Januari 2023,” maklum unit itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: