Tempatan

Kadar Bayaran PLKS Nelayan Asing Dikurangkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – Kerajaan mengurangkan kadar bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi kru nelayan asing kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama berbanding RM1,850 seorang bagi sektor perkhidmatan untuk setahun sebelum ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), ia merupakan antara usaha Kerajaan, kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia serta pihaknya untuk membantu pengusaha vesel perikanan tempatan dalam pelaksanaan PLKS kru nelayan asing.

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Selsema Babi: Kerajaan Mesti Benarkan Babi Rentas Negeri

BACA JUGA: Kg Lembah Permai Kundasang Disahkan Kawasan Potensi Bencana Tanah Runtuh

Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk menetapkan had umur nelayan asing hingga 60 tahun bagi permohonan kali pertama masuk ke dalam negara yang mana pengecualian ini khusus kepada sektor perikanan tangkapan.

Dalam pada itu, kenyataan itu juga menyebut MAFS mengunjurkan keperluan kru nelayan asing bagi tahun 2023 (suku pertama) di seluruh Malaysia adalah sekitar 24,549 orang.

“Secara keseluruhan, keperluan kru nelayan asing di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan adalah seramai 24,549 orang. Kelulusan penggajian nelayan asing adalah tertakluk kepada Seksyen 60K Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, selaras dengan pewartaan Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 2021 dan Perintah Imigresen (Pengecualian) (Pindaan) 2021 pada 28 Mei 2021, kru nelayan asing wajib mempunyai PLKS sepenuhnya pada 1 Januari 2022, bertujuan untuk mengelakkan laut dijadikan laluan utama kemasukan warga asing ke dalam negara.

DOF dalam kenyataan sama memaklumkan pihaknya giat berusaha meningkatkan penyertaan pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perikanan tangkapan melalui pelbagai inisiatif serta latihan kepada anak-anak tempatan.

Bagaimanapun, DOF menyatakan pada masa sama, kebenaran diberikan kepada pengusaha vesel perikanan bermuatan 40 Gross Register Tonage (GRT) ke atas untuk menggunakan tenaga kerja asing khususnya vesel pukat jerut bilis, vesel zon C (beroperasi lebih 12 batu nautika dari pantai), zon C2 (lebih 30 batu nautika) dan zon C3 (menangkap ikan tuna di Lautan Hindi).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: