Antarabangsa

Justin Bieber Didakwa Pakai Tudung Bawal Persenda Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

AMERIKA SYARIKAT, 12 November 2021 – Penyanyi Kanada, Justin Bieber didakwa mempersendakan Islam dengan bertudung bawal semasa konsertnya di Utah, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam konsert tersebut, Justin Bieber yang memakai tudung bawal, t-shirt putih lengan pendek, memakai perhiasan rantai mutiara putih dan mengenakan kaca mata hitam menyanyikan lagu-lagunya sambil menari menghiburkan peminat.

Perbuatan penyanyi itu mengenakan tudung didakwa menghina Islam dan komuniti Islam sendiri, lapor portal Middle East 24.

“Bieber menimbulkan kontroversi hebat beberapa jam lalu yang didakwa mempersendakan Islam dan umat Islam, juga membuka ruang untuk dikecam dan dikritik selepas tersebar gambar dan video dia memakai “hijab” semasa menyanyi di atas pentas.”

Lapor Middle East 24 lagi, Justin Bieber akan mengadakan konsert secara besar-besaran di Arab Saudi tidak lama lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: