Jurassic Park : Camp Cretaceous Papar Babak Lesbian
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 31 Julai 2022 – Filem animasi berjudul Jurassic Park: Camp Cretaceous yang ditayangkan di Netflix baru-baru ini menjadi isu hangat apabila ia mendapat perhatian seorang warganet, di mana filem animasi kesukaan ramai kanak-kanak itu didakwa memaparkan hubungan cinta sesama wanita (lesbian).
Pemilik akaun, Karina Vailes, melalui akaun Facebook miliknya memaklumkan bahawa dia terkejut apabila menonton isi kandungan filem tersebut bersama dua orang anak lelakinya.
“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.”
“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.”
“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” adu beliau.
Karina berpandangan, pemikiran kanak-kanak masih lagi dalam proses pembentukan dan mereka tidak memerlukan rancangan sedemikan bagi menjelaskan tentang situasi sebenar dunia yang berlaku pada ketika ini.
“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan. Siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” soal Karina Vailes yang merasakan filem animasi yang menimbulkan kontroversi itu sepatutnya menjadi salah satu saluran hiburan dan tidak sepatutnya diserang dengan idea atau agenda politik.