Antarabangsa

Media UK Lapor Putera Harry ‘Berjaya’ Bunuh 25 Orang Warga Afghanistan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 07 Januari 2023 – Putera Harry, anggota kerabat diraja Britain mengaku ‘berjaya’ membunuh 25 orang warga Afghanistan ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di negara tersebut.

Media United Kingdom melaporkan, Duke of Sussex itu pernah berkhidmat sebagai pengawal udara dalam serbuan udara pada 2007 hingga 2008 dan kemudiannya menerbangkan helikopter serangan antara tahun 2012 dan 2013.

BACA JUGA: Puluhan Kanak-Kanak Afghanistan Jadi Mangsa Operasi Ketenteraan UK – Data

BACA JUGA: Ulang Tahun 9/11: Rakyat Afghanistan Mangsa Perang AS?

BACA JUGA: Kajian Dedahkan Separuh Daripada Glasier Dunia Akan Lenyap Pada 2123

Harry berkata, dia tidak berbangga atau malu dengan tindakannya ‘membunuh orang’ malah menyifatkan perkara tersebut seperti mengeluarkan ‘biji catur’ dari papan.

Putera itu dijangka mengeluarkan sebuah buku, Spare, yang akan mendedahkan enam misinya sebagai juruterbang yang mengakibatkan pembunuhan manusia.

Dalam pada itu, Harry turut menjelaskan alasannya membunuh adalah disebabkan serangan 9/11 di Amerikat Syarikat. Ujarnya, mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan itu adalah ‘musuh manusia’ dan memerangi mereka adalah tindakan membalas dendam atas jenayah kemanusiaan.

Mengulas lanjut, Spare juga akan membongkarkan beberapa isu dalam keluarga diraja Britain seperti pertengkaran antara Putera Harry dan abang sulungnya, Putera William mengenai isteri Harry, Meghan Markle serta tentangan terhadap perkahwinan Raja Charles dengan isteri keduanya, Camilla Parker Bowles.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: