Tempatan

Junjung Titah Sultan Kedah, Tubuh Jawatankuasa Selidikan Sejarah Pulau Pinang & Kedah – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TITAH SULTAN KEDAH WAJAR DISAHUT OLEH KERAJAAN NEGERI KEDAH & KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK PEMBENTUKAN JAWATANKUASA SELIDIKAN SEJARAH “KEDAH-PULAU PINANG”!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

1. Sejak beberapa minggu yang lalu, isu berkaitan “KEDAH-PULAU PINANG” telah kembali menjadi tajuk perbincangan hangat dalam kalangan semua lapisan masyarakat, sama ada di pihak pucuk pimpinan negeri dan negara, para akademik sejarawan, para peguam dan masyarakat umum, secara khususnya Rakyat Negeri KEDAH dan Negeri PULAU PINANG.

2. Cukup bertepatan, sempena dengan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Kedah Ke-81, SULTAN SALLEHUDDIN SULTAN BADLISHAH telah dalam menyampaikan TITAH UCAPAN juga telah menyentuh perkara penting sejarah “KEDAH-PULAU PINANG” seperti yang dipetik media FREEMALAYSIATODAY 18.06.2023 bertajuk “Jangan noktahkan sejarah pajakan P Pinang secara melulu, titah Sultan Kedah”, seperti berikut:

“Sejak akhir-akhir ini, perbincangan mengenai sejarah Kedah mulai subur di pelbagai platform. Rakyat dari segenap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai sejarah Kedah khususnya berhubung kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.

“Pada hemat beta, perkembangan ini adalah satu perkembangan yang baik. Beta berharap agar minat rakyat untuk mendalami sejarah sebenar Kedah dan Pulau Pinang tidak dinoktahkan secara melulu,” titahnya memetik Kosmo.

“Adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang.

“Hal ini adalah kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar kita seni bernegara,” titahnya.

“Dalam tempoh melayari peradaban dari satu zaman ke satu zaman, kita menyaksikan Kedah melalui berbagai peristiwa peperangan, persahabatan, rundingan dan perjanjian dimeterai.

“Ekoran daripada rentetan sejarah tersebut serta hasil daripada persetujuan negeri-negeri maka tertubuhlah Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Bagi mentadbir Malaysia, sebuah kerajaan di peringkat Pusat iaitu Kerajaan Persekutuan ditubuhkan dengan kerajaan-kerajaan sedia ada di peringkat negeri dikekalkan.

“Kuasa yang dinikmati oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini adalah hasil daripada pemberian yang diberikan oleh negeri-negeri melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dimeterai pada tanggal 5 Ogos 1957,” titahnya.

Tambah baginda, tidak wajar bagi mendiamkan suara rakyat di negeri ini berhubung sejarah dan kedaulatan Kedah itu.

(Klik untuk laporan penuh FREEMALAYSIATODAY 18.06.2023 bertajuk “Jangan noktahkan sejarah pajakan P Pinang secara melulu, titah Sultan Kedah”)

3. Ianya adalah AMAT WAJAR agar kepimpinan kesemua pihak, iaitu kerajaan Negeri KEDAH, kerajaan Negeri PULAU PINANG dan Kerajaan Persekutuan dapat bersetuju untuk menubuhkan satu JAWATANKUASA SELIDIKAN SEJARAH “KEDAH-PULAU PINANG” bagi tujuan antara lain:

a. Menyelidiki kesemua bukti yang sedia ada mahupun yang dapat dikenal pasti antara kesemua pihak sejak awal 1700 sehingga kemerdekaan 1957 bagi tujuan penentuan SEJARAH betul, lengkap dan tepat membabitkan “KEDAH-PULAU PINANG”.

b. Memberi cadangan padu dan bernas untuk mengambil kira penentuan SEJARAH “KEDAH-PULAU PINANG”, bagi tujuan rujukan masa kini dan masa depan di setiap pihak, sama ada di pihak Kerajaan Negeri KEDAH, Kerajaan Negeri PULAU PINANG dan Kerajaan Persekutuan dalam setiap urusan rasmi, termasuk dan tidak terhad kepada:

i. penambahbaikan dan pembetulan kandungan Buku Teks SEJARAH oleh Kementerian Pendidikan, dan

ii. penambahbaikan dan pembetulan mana-mana peruntukan perundangan dan/atau Perlembagaan yang perlu, jika ada.

4. Sesungguhnya SEJARAH yang BETUL dan TEPAT wajar menjadi rujukan dan pembelajaran Rakyat untuk membina negeri dan negara yang berilmu dan patriotik!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Pautan Asal: FB Haniff Khatri 

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: