Jumlah Panggilan Kebakaran Menurun – Bomba
KUALA LUMPUR, 18 Februari 2024 – Jumlah panggilan kebakaran mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu apabila sebanyak 161 panggilan direkodkan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina pada 17 Januari lepas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan penyelamatan pula merekodkan 967 panggilan bagi tempoh sama tahun lalu.
“Untuk rekod pada 2022, sebanyak 901 panggilan kebakaran dan penyelamatan diterima diikuti 2021 (961 panggilan) dan 2020 iaitu 699 panggilan,” katanya.
Secara keseluruhan, sebanyak 670 panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sejak 5 Februari sehingga Rabu lalu.
Jumlah itu menyaksikan penurunan kes berbanding 1,128 panggilan kecemasan direkodkan tahun lalu.
Daripada jumlah itu, panggilan penyelamatan membabitkan kemalangan jalan raya, mencari dan menyelamat, bencana alam serta kecemasan tertinggi direkodkan dengan 433 kes.
“Kita turut menerima satu panggilan tugas khas membabitkan operasi yang memerlukan perkhidmatan bomba seperti kawal pembakaran kertas Cina, pembakaran jerami, bantuan agensi kerajaan, gotong-royong dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Terdahulu, semua JBPM negeri diarahkan untuk bersiap siaga di 14 lokasi strategik di sepanjang jajaran lebuhraya utama membabitkan lapan negeri dikenal pasti dan ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lapan negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.