Tempatan

Jumlah Kelahiran Hidup Malaysia Menurun Ketara – Nancy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2024 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan bahawa jumlah kelahiran hidup di Malaysia yang berkait rapat dengan kadar kesuburan jumlah (TFR) menunjukkan penurunan yang ketara.

Beliau menyatakan, jumlah tersebut adalah berdasarkan laporan yang diterbitkan dalam Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mana ia menunjukkan penurunan daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR berkenaan antaranya termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya sambil menambah bahawa masalah ketidaksuburan turut mempengaruhi kadar TFR.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat, semalam.

Jelas beliau, isu berhubung penurunan kadar kesuburan ini menjadi satu isu global terutamanya dalam kalangan negara maju dan membangun.

Rentetan daripada isu global tersebut, Nancy berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan.

Katanya lagi, LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: