Tempatan

Jualan Laku, Tempoh Menunggu Produa Alza Sehingga 10 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan bahawa tempoh menunggu Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan pada 20 Julai lalu adalah antara lapan hingga 10 bulan.

Katanya, sebanyak 39,000 tempahan diterima setakat ini termasuk 9,000 tempahan sepanjang bulan lalu.

Menurut firma penyelidikan MIDF Research, tempahan pasca pengecualian cukai masih memberangsangkan apabila sekitar 24,265 tempahan baharu berjaya diperolehi pada Julai, bersamaan dengan kira-kira sebulan jumlah keseluruhan industri (TIV) Perodua.

“Jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan dengan nilai setahun TIV Perodua yang diumumkan bulan lalu.”

Jelasnya, tempahan pada bulan Julai yang kukuh menandakan momentum jualan masih mantap.

Dalam pada itu, firma penyelidikan itu juga memaklumkan Perodua sedang mengatur strategi baru yang lebih memberangsangkan bagi membantu mengurangkan kesan kos bahan dan logistik yang lebih tinggi.

“Perodua juga sedang melihat untuk berkongsi sumber dengan vendor, contohnya penempatan tenaga kerja, perkongsian gudang dan pengaturan alat ganti untuk menangani isu kekurangan buruh asing di vendor dan memastikan rantaian bekalan yang lancar di dalam negara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: