Antarabangsa

‘Jual Darah’ Sendiri Untuk Tampung Kos Sara Hidup

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 23 Mei 2022 – Christina Seal, 41, ibu kepada dua anak terpaksa ‘menjual’ darahnya bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Lapor The Washington Post, guru tersebut mendapati gajinya sahaja tidak cukup untuk menampung kos sara hidup apabila harga barang makanan, minyak dan perumahan naik mendadak.

Terdesak untuk mendapatkan sesuap makanan bagi menyara keluarganya, beliau terpaksa mendermakan plasma darahnya, di mana beliau akan menerima bayaran bagi setiap dermaan yang dilakukan.

Beliau mendermakan plasma darahnya sebanyak dua kali seminggu, setiap minggu. Bagi ‘menampung’ aktiviti ini, Christina mengambil makanan tambahan supaya darahnya sentiasa cukup untuk sesi suntikan.

AS adalah antara negara yang membenarkan syarikat-syarikat untuk membayar penderma, sekaligus menarik mereka yang terdesak memerlukan wang, mendermakan darah mereka kepada pusat dermaan.

“Saya tak pernah sangka yang saya akan berada pada tempat di mana saya perlu jual plasma darah saya untuk menyara anak-anak saya,” luah Christina.

Leave a Reply

Back to top button