Tempatan

JPM Minta Wanita Dakwa Staf Kerajaan Tiada Di Kaunter Tampil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 Jun 2022 – Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta seorang wanita tampil bagi mengemukakan aduan berikutan isu dakwaan staf Kerajaan tidak berada di kaunter pada waktu kerja.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook rasmi JPM, jabatan tersebut mendakwa bahawa tiada sebarang aduan rasmi yang dikemukakan berikutan isu berkenaan, dan JPM meminta supaya wanita berkenaan membantu dalam membekalkan maklumat berkaitan tarikh, masa dan lokasi kejadian.

“Sehinggga hari ini tiada sebarang aduan rasmi diterima oleh JPM mengenainya. Sehubungan itu pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM…” menurut hantaran tersebut.

“Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan. JPM sentiasa komited dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” tambah JPM dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, tular di laman TikTok di mana pengguna dengan nama @marythehighness menegur sikap sesetengah staf Kerajaan yang didakwa tidak amanah dalam bekerja dan gagal menepati masa bekerja.

Wanita tersebut turut mendakwa bahawa beliau telah hadir sendiri ke beberapa jabatan Kerajaan, termasuk JPM sendiri, di mana beliau mendakwa kaunter pendaftaran jabatan tersebut kosong selama berjam-jam beliau di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: