Tempatan

JPJ Lancar Ops Hari Raya Aidiladha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengadakan Op Khas bersempena raya Aidiladha bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, op tersebut akan tertumpu kepada beberapa tindakan seperti membawa kenderaan melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, muatan melebihi had, memandu tanpa lesen dan memandu dengan lesen tamat tempoh.

Ulasnya lanjut, seperti yang dilaporkan The Sun Daily, kakitangan JPJ juga akan ‘menyamar’ sebagai penumpang bagi memantau pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu bas ekspres.

“Pemandu bas ekspres akan dipantau di 28 terminal bas utama seluruh negara oleh kakitangan yang akan menyamar sebagai penumpang dan oleh kakitangan yang ditugaskan di lebuh raya.”

Beliau turut meminta supaya orang awam melaporkan sebarang kesalahan trafik kepada JPJ melalui aplikasi JPJ, menerusi saluran e-Aduan@JPJ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: