Tempatan

JPA Bakal Pertimbang Kerja 4 Hari Seminggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Julai 2022 – Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu.

Laporan berita tersebut mendapatkan pelbagai respon dalam kalangan masyarakat, di mana rata-rata menyuarakan pendapat masing-masing berkaitan hal ini.

Seorang pengguna menyuarakan perlian terhadap pihak majikan, di mana dia menyatakan kemungkinan usaha tersebut akan medapat rungutan pihak majikan.

“Nanti majikan merungut. #ramalan,” ujar beliau.

Seorang pengguna lain menyuarakan rasa kesal dan menggesa supaya isu kenaikan gaji diberikan penekanan.

“Aku tak hadap kerja 4 hari ni aku nak gaji naik la b*d*h!! Kalau kerja 4 hari tapi kena cukupkan jam baik aku kerja 5 hari bang*ng!!!” tegas beliau.

Terdahulu, samudera.My melaporkan Presiden Malaysian Employers Federation (MEF) tidak dapat melaksanakan dasar kerja empat hari seminggu, antaranya, kerana syarikat perlu mengeluarkan kos upah yang lebih tinggi apabila pekerja diminta bekerja lebih masa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: