Johor Sasar 8,000 Orang Awam Khatam Al-Quran Setahun
JOHOR BAHRU, 02 Jun 2023 – Kerajaan Negeri Johor menyasarkan seramai 8,000 orang awam khatam al-Quran dalam tempoh setahun.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, “Biasanya yang khatam al-Quran ini budak sekolah tetapi kita nak ubah budaya itu, di bawah guru al-Quran ini mereka perlu membantu negeri melahirkan lebih ramai orang muda, orang kampung, orang bandar untuk khatam dan celik al-Quran.”
Menurut beliau, seramai 2,600 guru al-Quran seluruh negeri itu ditugaskan untuk menjayakan program tersebut, menerusi kelas al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
BACA JUGA: Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga
BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tutup 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram
BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara
“Mereka diberi tugas tambahan membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 8,000 individu iaitu masyarakat umum di negeri ini yang baru khatam al-Quran bukannya pegawai agama.”
Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi pihak masjid dan Pejabat Kadi daerah masing-masing untuk mengenal pasti guru yang mereka boleh belajar al-Quran dan khatam secara berperingkat.
Mohd Fared turut menekankan bahawa sasaran 8,000 itu tidak berat untuk dicapai memandangkan rakyat negeri Johor hanyalah seramai 3 juta orang.
Mengulas lanjut mengenai budaya bertarannum, beliau menyatakan bahawa ianya masih bersifat minoriti di kalangan pembaca al-Quran negeri Johor.
Jelas beliau, kelas pembelajaran Tarannum banyak digerakkan secara tidak formal oleh guru, terdiri daripada qari dan qariah bagi menjaga serta memelihara ilmu Tarannum daripada terus hilang.