Antarabangsa

Halang Islam Uyghur Berpuasa, Menyedihkan Dan Tragis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 08 April 2022 – Tindakan pihak berkuasa China di Xinjiang yang mengehadkan bilangan umat Islam untuk menyambut bulan Ramadan baru-baru ini mendapat kritikan hebat daripada kumpulan hak asasi manusia.

Hal ini kerana, jawatankuasa kejiranan di Urumqi dan beberapa kawasan kampung di wilayah Kashgar dan Hotan menerima notis bahawa hanya 10 ke 50 orang sahaja yang dibenarkan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Malah, mereka yang hendak berpuasa juga perlu berdaftar dengan pihak berkuasa.

“Adalah menyedihkan dan tragis melihat notis China bahawa orang tertentu boleh berpuasa,” ujar Turghunjan Alawudun, Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Agama di Kongres Uyghur Sedunia (WUC).

Seorang pentadbir yang menjaga 10 buah keluarga di bandar Atush di Wilayah Autonomi Kizilsu Kirghiz mengatakan bahawa beliau menerima notis berkenaan sekatan berpuasa itu daripada pihak berkuasa tempatan.

Beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada penduduk Uyghur bahawa mereka boleh dihukum jika berpuasa dengan cara menghantar mereka ke kem tahanan XUAR di mana ia menjadi tempat tahanan minoriti Islam sejak 2017.

Bukan itu sahaja, pesara kerajaan juga dipaksa berikrar untuk tidak berpuasa dan solat yang boleh menunjukkan contoh kepada orang lain tentang puasa sekaligus boleh mempengaruhi mereka untuk berpuasa.

“Dunia Islam akan ketawa melihat tindakan China dan berasa terkejut dengan penetapan kuota untuk mereka yang berpuasa.”

Projek Hak Asasi Manusia Uyghur yang berpangkalan di Washington turut menunjukkan solidariti terhadap Uyghur di Xinjiang yang tidak boleh berbuka puasa dan solat.

Beberapa negara Barat turut mengecam tindakan China yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu dan menyifatkannya sebagai jenayah terhadap kemanusiaan biarpun China telah menafikan pertuduhan itu.

Presiden Kongres Uyghur Sedunia (WUC), Dolkun Isa mengatakan bahawa China telah menjadikan Ramadan sebagai bulan penderitaan dan bulan pembunuhan beramai-ramai penduduk Uyghur. Beliau menyeru pemimpin Islam seluruh dunia untuk mengecam pencabulan hak yang berlaku di Xinjiang.

“Adalah menjadi kewajipan agama dan moral untuk menyeru China menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: