Tempatan

JKR Digesa Benarkan Lori Sayur Cameron Highland Beroperasi Di Hujung Minggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2023 – Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa untuk meneliti semula larangan yang dikeluarkan terhadap kenderaan barangan beroperasi pada Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, larangan itu perlu dilaksanakan tanpa melibatkan lori sarat dengan muatan sayur memandangkan sayur-sayuran adalah barangan yang mudah rosak.

BACA JUGA: Malaysia Negara Melayu, Norway Negara Scandinavian – Pengasas Bersama ADAB

BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

BACA JUGA: METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Doksuri

“Perkara ini menjejaskan pengusaha dan petani di Cameron Highlands kerana sayur bukan barangan yang tahan lama dan tidak boleh ditangguh perjalanannya menuju ke destinasi mereka.”

“Perkara ini memberi kesan kepada rantaian makanan seterusnya kepada semua pihak bermula petani, pengusaha, pemborong dan akhir sekali pengguna,” katanya.

Tegasnya, JKR perlu menyelidik secara mendalam sebelum mengeluarkan arahan supaya tidak menjejaskan mana-mana pihak serta mencari alternatif lain bagi memastikan sayuran dapat dibawa turun dari pusat peranginan itu tepat pada waktunya.

Terdahulu media melaporkan, kira- kira 300 metrik tan sayur-sayuran di pusat peranginan Cameron Highlands berdepan risiko layu dan hilang kesegaran untuk dipasarkan.

Ini susulan larangan terhadap kenderaan barangan beroperasi pada Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang oleh JKR yang bertujuan mengurangkan kesesakan pusat peranginan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: