Antarabangsa

Gaza Menderita Kekurangan Air Bersih – UNRWA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 26 Februari 2024 – Semenanjung Gaza menderita kekurangan air bersih ditengah-tengah penyebaran sisa pepejal di seluruh wilayah itu, demikian menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), semalam.

“Tempat perlindungan sangat sesak.”

“Air bersih adalah terhad. Sisa pepejal semakin terkumpul. Penyebaran penyakit semakin meningkat,” tambahnya.

UNRWA berkata, keadaan kebersihan di enklaf itu tidak dapat dikekalkan dan menyifatkan ia sebagai satu malapetaka.

Bagaimanapun, menurut UNRWA, pasukannya tetap terus berusaha untuk menyediakan bantuan kritikal.

Menurut PBB, peperangan Israel ke atas Gaza telah mendorong 85 peratus penduduk wilayah itu mengalami pengusiran dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk manakala 60 peratus daripada infrastruktur wilayah itu telah rosak serta musnah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: