Tempatan

Perak Peruntukkan RM5 Juta Baik Pulih Institusi Pendidikan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 26 Februari 2024 – Kerajaan negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi membaik pulih dan membina baharu institusi pendidikan Islam negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan tersebut termasuk pembangunan di Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz.

Selain itu, kerajaan negeri juga memberi elaun tambahan sebanyak RM200 sebulan kepada 3,210 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan perkapita kepada 89,226 murid KAFA dengan kadar RM50 setahun dan bantuan berkapita Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM24.”

Ujarnya, saluran bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam membangunkan sahsiah anak watan Perak menerusi sistem pendidikan yang disediakan oleh KAFA.

Dalam pada itu, sebanyak enam buah sekolah kebangsaan di Perak telah melaksanakan KAFA tulen bagi memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Selama, Selama; SK Sungai Ramai, Ayer Tawar; SK Dato’ Sagor, Kampung Gajah; Pusat Kebajikan Taman Seri Puteri, Batu Gajah; SK Ulu Slim, Slim River dan SK Kumpulan Ganda, Teluk Intan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: