Antarabangsa

Jepun Meterai Perjanjian Keselamatan Dengan Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 05 September 2022 – Kerajaan Jepun memeterai perjanjian keselamatan dengan rejim haram aparteid Israel menerusi pertemuan antara Yasukazu Hamada, Menteri Pertahanan Jepun dan Benjamin Gantz, Menteri Pertahanan rejim haram itu baru-baru ini.

Pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara, termasuk aset dan teknologi ketenteraan.

Kedua-dua menteri menandatangani memorandum mengenai pertukaran pertahanan dan bersepakat untuk terus bekerjasama mencapai keamanan dan kestabilan serantau.

Namun begitu, keupayaan Tokyo untuk mengekalkan reputasinya dipersoalkan kerana negara tersebut telah lama dipuji sebagai broker yang tidak memihak kepada perjanjian masa depan antara Palestin dan rejim haram aparteid Israel.

Pada tahun 2019, hasil tinjauan Arab News dan Japan-YouGov mendapati bahawa 54 peratus rakyat Palestin menganggap Jepun sebagai pengantara terbaik dalam sebarang perjanjian damai.

Negara tersebut telah berusaha dalam bidang politik dan ekonomi serta penyelarasan dengan masyarakat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian dua negara yang membolehkan rakyat Palestin dan rejim haram aparteid Israel hidup bersama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: