Tempatan

Akta 446: Majikan Beri Alasan, Gagal Sedia Penginapan Selesa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUAR, 23 Ogos 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Mohd Asri Abdul Wahab mendedahkan bahawa sebahagian besar majikan di Malaysia masih gagal mematuhi Akta 446 di mana mereka gagal untuk menyediakan penginapan yang selesa buat pekerja dengan memberi pelbagai alasan.

Kata beliau, selain dari penginapan yang sempit, jijik dan kotor, majikan juga tidak mempunyai perakuan penginapan terhadap pekerja sehinggakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada warga asing seperti Nepal, Myanmar dan Bangladesh terpaksa berhimpit di ruang yang kecil.

Majikan juga didakwa sengaja memberi alasan untuk tidak menyediakan penginapan yang selesa itu sedangkan mereka mengambil sikap sambil lewa tanpa membuat sebarang permohonan.

Pihak majikan turut memberi alasan kononnya kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sukar untuk didapatkan, kata beliau selepas mengetuai operasi khas penginapan dan asrama pekerja di bawah Akta 446 di Taman Perindustrian Bukit Bakri, semalam.

Hasil daripada pemeriksaan yang melibatkan 183,000 buah penginapan itu, 1,593 kertas siasatan telah dibuka dan 1,083 daripadanya telah dikompaun bernilai RM1.24 juta.
“Apabila kita lakukan pemeriksaan kita dapati pematuhan boleh capai separuh separuh, maknanya separuh mematuhi dan separuh lagi tidak dan sebab itu kita sentiasa buat hebahan kepada majikan,”

“Kita berharap supaya jumlah majikan yang tidak patuh itu akan berkurangan yang mana salah satu alasan yang diberikan mereka sukar dapat kelulusan daripada PBT,” katanya.

Jelas beliau, perkara berkaitan penginapan ini dapat diselesaikan sekiranya pihak majikan tampil berbincang dengan PBT dan juga Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana katanya pihak PBT bersedia untuk membantu majikan.

Operasi itu turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Majlis Perbandaran Muar (MOM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM yang dijalankan kira-kira dua jam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: