Antarabangsa

Jenayah Kebencian Di Sweden, 51% Muslim Jadi Sasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWEDEN, 27 Januari 2023 – Tindakan membakar al-Quran yang berlaku di Sweden baru-baru ini telah menunjukkan secara jelas penyasaran terhadap orang Islam di negara tersebut.

Orang Islam, yang berjumlah sekitar 8 peratus dari keseluruhan populasi Sweden adalah sasaran bagi 51 peratus jenayah kebencian di negara tersebut pada tahun 2020 sebagaimana sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Pencegahan Jenayah Nasional Sweden pada tahun 2021.

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini

BACAA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

BACA JUGA: Crackhouse Comedy Club: Bicara Permohonan Batal Senarai Hitam Kekal, 23 Mei Ini

Menurut laporan yang sama, 27 peratus dari kadar jenayah kebencian yang berlaku di negara tersebut telah disasarkan terhadap orang Yahudi.

Manakala bagi orang Kristian dan lain-lain kumpulan telah menjadi mangsa jenayah kebencian yang mana jumlahnya adalah sebanyak 11 peratus bagi setiap daripada mereka.

Laporan yang sama juga telah menunjukkan bahawa 18 peratus daripada kadar keseluruhan jenayah kebencian di Sweden adalah berkaitan dengan agama.

Daripada keseluruhan 4,000 kes jenayah kebencian yang direkodkan, 55 peratus daripadanya adalah bermotifkan bangsa dan kumpulan etnik dan wanita adalah lebih cenderung untuk menjadi sasaran berbanding dengan lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: