Antarabangsa

Jenayah Kebencian Bakal Meningkat Di AS Menjelang Pilihan Raya 2024 – Pemerhati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 28 April 2023 – Terdapat sebuah laporan baharu yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi hak-hak sivil yang menyatakan bahawa jenayah kebencian di Amerika Syarikat (AS) akan meningkat tinggi menjelang pilihan raya 2024.

Laporan yang dikeluarkan oleh The Leadership Conference Education Fund itu menyatakan bahawa data daripada FBI menunjukkan bahawa terdapat sebuah pola peningkatan bagi jenayah kebencian sewaktu pilihan raya-pilihan raya umum.

BACA JUGA: Dakwaan Fraser Hill ‘Bandar Hantu’, Exco Pelancongan Jamin Siasatan

BACA JUGA: Ketua Menteri Pulau Pinang Nafi Projek Tambak Laut Cemar Alam Sekitar

BACA JUGA: Dua Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Akibat Strok Haba

Laporan yang diterbitkan pada Khamis lalu itu menyatakan bahawa jika tiada sebarang tindakan yang diambil, keadaan yang telah terjadi kini akan memberi peluang untuk jenayah kebencian meningkat sehingga pilihan raya tahun 2024.

Leadership Conference Education Fund adalah sebuah badan kajian yang ditubuhkan oleh Leadership Conference on Civil and Human Rights.

Data yang diambil daripada dapatan kajian dari 230 buah organisasi hak-hak asasi manusia AS menunjukkan bahawa sejak tahun 2008 apabila Barack Obama menjadi Presiden, kadar jenayah kebencian mengalami peningkatan.

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa kadar jenayah kebencian telah meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 2015 dan ianya berada pada tahap kemuncak sewaktu dan selepas kempen pilihan raya Donald Trump.

Data yang dinyatakan oleh laporan tersebut menunjukkan bahawa sasaran utama bagi jenayah kebencian di negara tersebut adalah golongan kulit hitam dan orang-orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: