Antarabangsa

Jenayah Israel Akan Dibentangkan Di Mahkamah Keadilan Antarabangsa 11 & 12 Januari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THE HAGUE, 04 Januari 2024 – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan perbicaraan terhadap rejim Israel berhubung jenayah genosid di Gaza pada 11 dan 12 Januari ini.

Menerusi kenyataan ICJ bertarikh 03 Januari 2024, Afrika Selatan telah memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding terhadap Israel berhubung pencabulan Konvensyen Genosid 1948 yang melibatkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Dalam permohonan itu, Afrika Selatan meminta Mahkamah menyatakan langkah-langkah sementara untuk “melindungi dari sebarang kemudaratan lebih teruk dan tidak boleh dibaiki terhadap hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid” serta “untuk memastikan Israel patuh terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid dengan tidak terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, mencegah dan menghukum genosid.”

Sumber juga menyebut, pihak rejim Israel akan hadir ke Mahkamah bagi menentang tuduhan berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan sekaligus menyatakan ia adalah langkah tepat pada masanya bagi memastikan akauntabiliti undang-undang ke atas kekejaman Israel di Palestin dapat dilaksanakan.

Malaysia turut menyeru Israel memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa bahkan segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: