Jenama Fesyen Terkenal Padam Iklan Didakwa Promosi Pedofilia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PARIS, 23 November 2022 – Jenama fesyen terkenal Perancis memadamkan iklan untuk produk terbaru mereka untuk kanak-kanak selepas dikatakan mempromosi pedofilia.
Perkara ini berlaku selepas seorang YouTuber terkenal Amerika, @shoe0nhead mendedahkan maksud di sebalik iklan Balenciaga dalam Twitternya.
“the brand “Balenciaga” just did a uh….. interesting… photoshoot for their new products recently which included a very purposely poorly hidden court document about ‘virtual child porn’”
Dalam iklan asal seperti yang dikongsikan oleh @shoe0nhead, dapat dilihat seorang model cilik memegang patung beruang dengan get-up bondage.
Dalam satu gambar lagi, seorang gadis kecil memakai baju-T daripada jenama itu sambil memegang tali yang disambungkan pada seekor beruang putih, yang memakai jaket dengan choker berkunci di lehernya.
Manakala dalam satu lagi gambar berbeza, dapat dilihat seorang kanak-kanak berambut coklat memakai pakaian biru sambil memegang seekor patung beruang berwarna ungu, yang memakai pakaian BDSM yang serupa.
“Their homepage is a kid with a bear in sex clothes with a lock around its neck and then there’s another photo right under of a man with a key on his finger. Looks very much ped@phileish…Yall better stop worshipping these brands,” kongsi seorang pengguna media sosial yang lain.
Susulan pendedahan, akaun Instagram Balenciaga memadam kesemua posting mereka selain menggantikan gambar iklan mereka dengan gambar berbeza menampilkan seorang kanak-kanak lelaki dalam suasana bilik bersepah.
Namun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak fesyen terkenal itu berhubung perkara ini.