Antarabangsa

Jemaah Visa Umrah Wajib Keluar Tanah Haram Selewatnya 18 Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 24 Mei 2023 – Semua jemaah yang menggunakan visa umrah diwajibkan keluar dari kota suci Mekah selewat-lewatnya 18 Jun ini bersamaan 29 Zulkaedah 1444H.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) mengumumkan perkara itu sebagai persediaan menerima jemaah haji yang telah mula tiba di Arab Saudi sejak Ahad lalu.

Pihak Kementerian juga mengumumkan tarikh terakhir pengeluaran permit mengerjakan umrah musim ini iaitu pada 4 Jun 2023 bersamaan 15 Zulkaedah 1444H, selain mengulangi bahawa visa umrah tidak membenarkan jemaah menunaikan ibadah haji.

BACA JUGA: Selepas 56 Tahun, Bekas Tentera Zionis Pulang Kunci Pintu Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Jalan Sesak: Kuala Lumpur Rekod 6 Juta Kenderaan Setiap Hari

BACA JUGA: Muar Paling Berisiko Mudah Terbakar

Dalam pada itu, menerusi garis panduan pengurusan Haji 1444H, Direktorat Am Keselamatan Awam Saudi telah mengumumkan larangan masuk ke kota suci Mekah bagi penduduk yang tidak memiliki pas masuk khas musim haji.

“Pengunjung tanpa permit akan berpatah balik dari pintu masuk di sepanjang jalan menuju ke Mekah,” memetik portal berita Saudi.

Garis panduan itu menyatakan, kenderaan dan penduduk ekspatriat dikehendaki pulang ke tempat asal mereka melainkan mereka memegang permit masuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk bekerja di kawasan tanah suci.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 284 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada Ahad lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: