Antarabangsa

Tudung Diharamkan Di Perancis Jika Marine Le Pen Menang Pilihan Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 20 April 2022 – Pesaing sayap kanan Marine Le Pen berkata, beliau akan mengharamkan pemakaian tudung Islam di Perancis iaitu negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah Barat jika beliau dipilih dalam Pilihan Raya Presiden pada 24 April ini.

Katanya, pemakaian tudung akan menjadi jenayah yang boleh dihukum dengan denda yang dikenakan oleh polis, sama seperti kesalahan lalu lintas.

Manifesto Le Pen itu menjadi persoalan mengapa tudung menjadi tumpuan utama dalam kempen Presiden Perancis.

Ketika ditanya oleh seorang wanita bertudung semasa sedang berkempen tentang kaitan tudung dalam politik, Le Pen mempertahankan pendiriannya dengan berkata “Tudung merupakan seragam yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh orang yang mempunyai visi radikal Islam.”

Lawan Le Pen, Emmanuel Macron juga menyatakan sokongannya tentang pengharaman tudung di sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada cita-cita sekular Perancis.

Macron pada kenyataan lepasnya juga menyifatkan tudung mengganggu kestabilan hubungan lelaki dan wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: