Tempatan

Jemaah Menteri Setuju Mansuh Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2023 – Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup sebagai pelaksanaan perubahan sistem keadilan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa dasar baharu telah diluluskan termasuk pemansuhan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selain itu, Kerajaan juga menetapkan pemansuhan hukuman penjara seumur hidup sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori. Ujarnya, alternatif hukuman penjara seumur hidup yang dicadangkan adalah penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.

Dasar-dasar baharu ini diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat minggu lalu sebelum menjelaskannya kepada Senator Datuk Koh Nai Kwong yang bertanya mengenai apakah status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.

BACA JUGA: Penyelewengan Barang Subsidi: KPDN Berjaya Rampas 5,000 Liter Minyak Diesel

BACA JUGA: Khemah Khas Di PPS, Beri Keselesaan Solat Fardu Dan Tarawih

BACA JUGA: Antunan Seksual Kanak-Kanak Antara Penyebab Jangkitan HIV

Tambah Azalina, dasar kerajaan Madani ialah untuk mengubah hukuman mati dan bukannya menghapuskan hukuman tersebut, dengan kuasa budi bicara yang diberikan kepada hakim.

Katanya, bacaan kali pertama bagi Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 akan dilaksanakan pada Isnin, 27 Mac 2023.

“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.”

“Hal ini disebabkan hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” jelas Azalina.

Mengulas lanjut, menteri itu mengatakan, Kerajaan telah mengadakan 19 sesi libat urus dan mesyuarat bersama pihak berkepentingan seperti agensi Kerajaan, peguam, bekas Ketua Hakim Negara, pakar perundangan perlembagaan, banduan-banduan akhir dan keluarga serta NGO seperti Rangkaian Anti-Hukuman Mati Asia (ADPAN) dan Reprieve di United Kingdom sebelum melaksanakan dasar-dasar berkenaan.

Beliau berpendapat, ia merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya menjadi lebih holistik dan inklusif, selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan selayaknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: