Jemaah Haji Dilarang Bawa Balik Air Zamzam Dalam Bagasi
MAKKAH, 04 Julai 2023 – Jemaah haji dinasihatkan agar tidak membawa pulang air zamzam dalam bagasi masing-masing kerana ia melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Lapor media tempatan, Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong mengingatkan, “Jangan cuba-cuba bawa balik kerana tidak akan lepas pemeriksaan di lapangan terbang. Kalau mereka jumpa akan dikeluarkan dari beg dengan serta-merta.”
“Sebelum ini ada pelbagai cubaan seperti membalut botol air zamzam dengan plastik aluminium tetapi gagal sebab kerajaan Arab Saudi mempunyai alat imbasan yang canggih,” kata beliau.
BACA JUGA: PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan
BACA JUGA: Air Terjun Gunung Ledang Kembali Dibuka
BACA JUGA: Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin
Mohd Sawal menekankan perkara itu supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Dalam pada itu, beliau menerangkan bahawa setiap jemaah haji akan dibekalkan dengan lima liter air zamzam yang boleh dituntut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tambahnya, larangan lain adalah mengikut peraturan penerbangan antarabangsa seperti bahan mudah terbakar, bahan kimia berbahaya, benda tajam, senjata api dan sebagainya.
Mengulas lanjut, dimaklumkan, sebanyak 98 penerbangan akan membawa pulang 31,600 jemaah haji tanah air bermula Rabu ini dan penerbangan terakhir pada 31 Julai 2023.