Antarabangsa

Hungary Larang Jual Buku Kanak-Kanak Promosi Homoseksual Berdekatan Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BUDAPEST, 07 Ogos 2021 – Negara Hungary mengarahkan semua buku kanak-kanak yang mempromosikan homoseksual, penukaran jantina dan berisi kandungan “eksplisit” mengenai seksualiti tidak dijual berdekatan dengan sekolah dan gereja.

Pemilik kedai juga diarahkan untuk menjual buku-buku berdasarkan tema yang sama secara berasingan.

Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán pada hari Jumaat.

Reuters melaporkan, ini merupakan antara langkah pertama yang dilaksanakan selepas Parlimen Hungary meluluskan undang-undang melarang golongan gay tampil dalam bahan pendidikan sekolah atau rancangan TV untuk usia di bawah 18 tahun.

Pentadbiran Orbán menegaskan, undang-undang ini dilaksanakan bagi melindungi kanak-kanak.

“Pendidikan seksualiti adalah terserah kepada ibu bapa masing-masing untuk mencorakkannya.”

Ketua Eksekutif EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen menyifatkan langkah terbaharu ini sebagai “memalukan”.

Hungary sebelum ini pernah menyaman pengedar buku kanak-kanak yang menjual buku bertemakan “keluarga pelangi” sama jenis (same-sex “rainbow families”) di bawah undang-undang amalan perdagangan tidak adil.

Jun lalu, Orbán membatalkan lawatan perjalanannya ke Munich, Jerman bagi menghadiri perlawanan bola sepak Hungary vs Jerman berikutan kritikan terhadap kerajaannya yang meluluskan undang-undang anti LGBT.

Pengumuman pembatalan lawatan perjalanan itu dilakukan beberapa jam selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menolak permintaan Majlis Bandaraya Munich untuk menyinari Allianz Arena dengan warna-warna pelangi sebagai solidariti dengan LGBTQ dan komunitinya khususnya di Hungary.

Keputusan UEFA ini dihentam di seluruh Jerman dan Eropah tetapi Orbán menyeru kerajaan Jerman untuk menghormati keputusan UEFA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: