Antarabangsa

Jeddah Anjur Parti Rave Sempena Pesta Formula One

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 17 Mac 2023 – Syarikat hiburan Arab Saudi, MDL Beast akan menganjurkan persembahan khas yang mereka sediakan bersempena dengan Pesta Formula One di Jeddah pada hujung minggu ini.

Pada kali ini, nama-nama besar dalam arena hiburan genre Rave seperti Travis Scott, Calvin Harris dan Afrojack dijangkakan akan membuat persembahan di pesta tersebut.

BACA JUGA: Tapak Warisan Dunia UNESCO Diceroboh Kerja Binaan Haram

BACA JUGA: Pejabat Agama Diseru Beri Tauliah, Tak Perlu Tunggu Permohonan

BACA JUGA: Dua Restoran Hotel Kotor Di Melaka Diarah Tutup

Pesta kali ini adalah yang kedua diadakan di Arab Saudi setelah mana penganjuran kali pertama bagi pesta yang sama telah diadakan pada tahun 2019 yang telah dianggap sebagai sebuah acara bersejarah.

Ini berikutan acara yang diadakan pada tahun 2019 itu adalah acara pertama bagi festival muzik elektronik yang berjaya diadakan di negara yang bersifat konservatif itu.

Berbanding dengan acara yang telah diadakan pada empat tahun lalu, festival Jeddah Formula One kali ini dianggap sebagai lebih kecil oleh para penganjur, namun ianya tetap diadakan pada skala yang besar.

Pada mulanya pentas dan khemah yang didirikan dahulu adalah struktur sementara, kini ia merupakan struktur kekal dan mempunyai ruang terbuka yang luas.

Acara perlumbaan Formula One di Jeddah akan berlangsung daripada 17 Mac sehingga 19 Mac ini.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, pada hujung September tahun lalu, Riyadh menganjurkan konvensyen festival muzik KCON menampilkan artis-artis individu dan berkumpulan dari Korea Selatan seperti Rain, Sunmi dan Hyolyn.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: