Antarabangsa

Latihan Tentera Campur Jantina Bermula Jun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUNE, 25 Mac 2022 – Akademi Pertahanan Negara India (NDA) bersiap sedia untuk melatih kumpulan pertama kadet perempuan secara campur jantina mulai Jun 2022.

Menurut NDA dalam satu kenyataan akhbar, majoriti aktiviti ketenteraan antara kadet lelaki dan perempuan akan dijalankan bersama-sama dan ia penting untuk kebolehpasaran pegawai wanita di mana mereka dikehendaki untuk memimpin tentera lelaki.

Metodologi latihan seperti ini telah pun wujud di akademi pra-pentauliahan yang lain seperti Akademi Latihan Pegawai, Chennai (OTA), Akademi Tentera Laut India, Ezhimala (INA) dan Akademi Tentera Udara, Hyderabad (AFA).

Objektif latihan di NDA itu adalah untuk melahirkan pemimpin tentera yang dilengkapi sifat profesional serta sifat moral dan fizikal yang diperlukan untuk memimpin tentera menuju kemenangan sewaktu di medan perang.

Tambahan lagi, kumpulan pertama gadis akan menyertai akademi itu bermula Jun ini dan akan menjalani latihan itu selama tiga tahun. Selepas tamat latihan, kadet itu akan menyertai akademi perkhidmatan masing-masing.

“Sama seperti rakan lelaki mereka, perempuan yang berumur 16 tahun setengah hingga 19 tahun akan menjalani latihan ketenteraan selama tiga tahun selepas berjaya menyelesaikan peperiksaan bertulis NDA UPSC, temuduga Lembaga Pemilihan Perkhidmatan (SSB) dan perubatan. Sebanyak 19 kekosongan iaitu sepuluh untuk tentera, enam untuk tentera udara dan tiga untuk tentera laut telah diperuntukkan oleh ibu pejabat masing-masing untuk kumpulan pertama gadis di NDA,” kata kenyataan itu.

Berikutan itu, aspek latihan fizikal terhadap kadet perempuan mungkin mengalami perubahan susulan perbezaan fisiologi antara kadet lelaki dan kadet perempuan. Namun, latihan dalam bidang akademik, latih tubi, latihan luar dan lain-lain tetap akan dijalankan secara campur jantina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: