Tempatan

Parlimen Bakal Bentuk Jawatankuasa Khas Isu Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Parlimen Malaysia bakal membincangkan pembentukan jawatankuasa khas mengenai isu Palestin pada Rabu ini, kata Ketua Kokus Persahabatan Malaysia-Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut beliau, perbincangan tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan ia akan melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil rakyat.

Jelas Syed Ibrahim, jawatankuasa ini ditubuhkan supaya misi negara menyokong Palestin merdeka dapat diselaraskan selari dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2024 yang akan menggantikan giliran disandang Indonesia pada tahun depan.

Katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Pelancaran Kempen Hari Al-Quds Sedunia, “Kita amat berharap pada pertemuan itu nanti, semua NGO tempatan akan tampil memberikan pandangan bernas untuk diteliti oleh semua Ahli Parlimen.”

BACA JUGA: Mentega Terbang: Filem Yang Cukup Jahat – Toqqi

BACA JUGA: KKM Panjang Waktu Operasi Klinik Kesihatan

BACA JUGA: Lelaki Muslim Dibelasah Hingga Mati, 3 Suspek Ditahan

Dalam pada itu, beliau turut menerima resolusi yang diserahkan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Azmi Abdul Hamid.

Azmi memaklumkan, seramai lapan cendekiawan Islam terkenal Palestin akan datang ke Malaysia pada Sabtu depan untuk program selama 4 hari bagi membincangkan isu penubuhan kedutaan Malaysia di Palestin secara rasmi sekali gus mengukuhkan kedudukan imej negara dari sudut diplomatik.

“Sebelum ini Wisma Putra cadang buka canseri di Baitulmaqdis tetapi dibantah rejim Israel dan kita berharap mungkin diwujudkan ala kedutaan mini di Amman, Jordan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: