Jawatankuasa Khas Atasi Kes Gangguan Seksual Dan Buli Ditubuhkan – KPM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 22 Mei 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan bawah agensi tersebut.
Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai oleh 8 ahli dan dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.
BACA: Azan Pembesar Suara: Negara Lain Dah Ambil Tindakan, Kenapa Malaysia Takut? – Siti Kasim
BACA: Pemujaan Dewa Hanuman Mula Dimainkan Lawan Laungan Azan Subuh
BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim
“Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh 8 individu yang berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza antaranya mantan pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).”
Ahli tersebut adalah Datuk Sutinah Sultan, Dato’ Sulaiman Wak, Profesor Datin Mariani Md Nor, Lt. Kol Bersekutu (PA) Aminuddin Awang, Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Profesor Madya (Kehormat) Dato’ Dr Sundramoorthy dan ACP Siti Kamsiah Hassan.
“Kami yakin serta percaya, dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatankuasa khas ini akan dapat membantu KPM meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.”
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini merupakan antara pendekatan KPM untuk mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes berkenaan gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.