Sejarah Hari Ini

Jabidah Massacre: Ops Rampas Sabah Yang Berakhir Dengan Pembunuhan Komando-Komando Melayu Filipina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pada 1968, di tahun-tahun kemuncak konfrontasi termasuk dengan Filipina, Marcos telah menyediakan sepasukan 14 hingga 16 anggota tentera Muslim Filipina yang diperdaya untuk melaksanakan kerja sabotaj bagi menimbulkan masalah kepada Malaysia.

Walau bagaimanapun, berlaku satu ‘misteri’ di mana, semasa sedang berkhemah di Pulau Corregidor, pasukan tersebut didapati telah dibunuh. Marcos mengesyaki pembelotan telah berlaku. Pelbagai alasan dikemukakan antaranya termasuk ketidakpuasan berkenaan upah kerja, arahan berperang dengan saudara seagama dan sebagainya bagi memberi justifikasi kepada pembunuhan yang dikenali sebagai Jabidah Massacre.

Tetapi, terdapat berita yang menyatakan bahawa pembunuhan yang berlaku tersebut merupakan tindakan sabotaj yang dijalankan oleh misi rahsia komando yang berkhidmat untuk Malaysia yang menyusup masuk sebagai sebahagian pasukan yang dibentuk Marcos.

Projek yang dinamakan Projek Merdeka yang dilancarkan Marcos ini gagal bukan hanya melalui pembunuhan tersebut, malah terdapat hampir 20 orang bersenjata dari Filipina yang dikesan lalu ditahan kerana memasuki negeri Sabah bagi menjalankan tindakan sabotaj.

Tun Mustapha membidas perancangan Marcos. Malaysia kemudiannya memboikot semua aktiviti antarabangsa yang melibatkan hubungan dengan Filipina. Terdapat satu lagi penjelasan yang dikatakan diperolehi dari mereka yang terselamat di dalam insiden di Pulau Corregidor, Luzon.

Diceritakan bahawa, pasukan tentera Muslim Filipina yang dibentuk untuk Operation Merdeka tersebut, berkeras menolak untuk melaksanakan kerja sabotaj bagi melaga-lagakan kesultanan Sulu dengan kerajaan Malaysia serta melakukan porak peranda di Sabah. Ini kerana mereka menolak untuk berperang dengan saudara seagama mereka di Malaysia. Melihat keadaan ini yang dianggap sebagai pengkhianatan, pihak tentera Filipina membunuh hampir semua di dalam pasukan tersebut bagi menutup rahsia operasi 3.

Rujukan :
1. Zachary Abuza, Militant Islam In Southeast Asia : Crucible of Terror, (2003), Lynne Rienner Publishers, Colorado, m/s 37.
2. Isagani de Castro, Jr, Edited by N. Ganesan & Ramses Amer, International Relations In Southeast Asia Between Bilateralism & Multilateralism, ISEAS, Singapore, m/s 228 hingga 231.
3. Chuck Wadd, To Live & Die In The Philliphines, (2002), iUniverse, Inc. United States, m/s 29.

Mohd Aswanizam Alias
Pengarah Ihsan Strategic Research Centre (ISR)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: