Antarabangsa

Tembakan Rambang Di Colorado, Biden Gesa Buat Undang-Undang Pelihara Golongan LGBTQ+

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

DENVER, 22 November 2022 – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggesa agar rang undang-undang Akta Menghormati Perkahwinan dihantar kepadanya dengan segera supaya dia dapat meluluskannya secepat mungkin.

Biden dalam kenyataan di Twitter berkata demikian susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di sebuah kelab malam untuk golongan gay di Colorado Springs, Colorado di Amerika Syarikat (AS) pada malam kelmarin.

Menurutnya, dengan meluluskan rang undang-undang itu, semua pasangan LGBTQ+ dan antara kaum dapat dihormati dan dilindungi sama rata.

Dalam pada itu, Biden juga menekankan tentang undang-undang keselamatan senjata api.

Katanya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi menangani keganasan senjata api.

Biden juga menegaskan rakyat negara ini tidak seharusnya bertolak ansur dengan sebarang tindakan mahupun unsur berbaur kebencian.

Insiden tembakan rambang itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan 25 lagi cedera.

Susulan insiden tembakan itu, menurut polis, seorang suspek ditahan dan kini menerima rawatan kerana turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Suspek dalam tahanan itu dikenal pasti sebagai Anderson Lee Aldrich yang berusia 22 tahun.

Polis berkata, suspek ditahan oleh dua pengunjung kelab malam berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: