NGO

Jawatan Datuk Bandar: Fokus Perkasakan Kerajaan Tempatan, Tidak Perlu Pilihan Raya PBT – Wira Perkasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Merujuk akhbar dari kenyataan media parti MUDA Wilayah berkaitan ‘Datuk Bandar Sepatutnya Dipilih Bukan Dilantik’.

Saya memandang serius mengenai pilihan raya kerajaan tempatan yang dimaklumkan dari kenyataan media tersebut.

Semua sedia maklum mengenai Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak pernah dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan menggantung pelaksanaannya melalui Undang-Undang Darurat tahun 1965 dan sehinggalah Akta Kerajaan Tempatan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1976 sekali gus memansuhkan terus Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960.

Janganlah diheret rakyat sekali lagi untuk menglibatkan diri dari menentukan siapa yang bakal mengisi bagi keanggotaan sebuah institusi Kerajaan. Benar, amalan proses demokrasi itu penting dan harus didaulatkan, namun bukan untuk semua perkara dan perlu ada sempadan dan hadnya mengikut keadaan setempat dan suasana sekarang. Demokrasi harus selari dengan amalan serta suasana tanah air pada hari ini. Ianya amat penting kerana penglibatan rakyat dalam proses pilihan raya PBT ini akan menyebabkan pembaziran dan perbelanjaan wang yang tinggi akan diguna pakai oleh PBT mahupun orang awam. Semestinya wang akan dibelanjakan bagi tujuan untuk merancakkan kempen semasa pilihan raya PBT. Dan mungkin juga akan ada unsur rasuah yang berleluasa kerana ada perebutan kuasa atau tertentu. Ianya nampak seolah-olah nak berpolitik pula dalam institusi Kerajaan. Sudahlah rakyat dibebani oleh orang-orang politik hari ini. Ini semua akan membawa kerugian kepada rakyat.

Tujuan asal sistem pilihan raya PBT ini dimansuhkan bertujuan bagi mempercepatkan proses pembangunan serta dapat memfokuskan bagi kerja-kerja kecekapan jentera Kerajaan. Jika pilihan raya PBT ini dijalankan, berapa lama kerja-kerja di PBT akan tertangguh serta boleh membawa kepada kesan sampingan yang kurang baik. Ianya nampak lebih membuang masa kepada banyak pihak. Apa akan terjadi akhirnya?

Adakah dengan membuat pilihan raya PBT ini masalah setempat itu dapat diselesaikan dengan pemilihan Datuk Bandar? Saya rasa tidak semudah itu. Datuk Bandar juga dilantik mengikut tempoh perkhidmatan dan lantikan ini juga dari golongan profesional yang mahir dalam bidang perancangan bandar. Bukan pelantikan secara semberono atau dari kalangan parti politik seperti lantikan ahli-ahli majlis kawasan.

Soal kaum juga sering dikait rapat dengan pilihan raya PBT ini. Benar, dan tidak dinafikan. Apa yang dibimbangkan adalah jurang pengasingan kaum mengikut kasta serta lokaliti kawasan juga yang dikuasai oleh kaum-kaum yang tertentu. Namun, perbandingan ini perlu dilihat di antara negeri dan juga daerah-daerah. Kerana setiap daerah itu, lokaliti kaum itu berbeza. Khususnya di Lembah Klang ini, dari pandangan saya, sudah jelas di bandar bukan lagi dikuasai oleh orang Melayu. Ini bukan soal perkauman, tetapi demi keadilan semua rakyat penduduk yang berbilang kaum. Yang amat merisaukan apabila, jika ada pihak yang cuba mencetuskan kebencian antara kaum semasa pilihan raya PBT ini berlangsung. Cukuplah, apa yang terjadi semasa suasana tegang seperti Peristiwa 13 Mei 1963.

Saya menyokong jika pelantikan setiap Datuk Bandar ini dilantik atas dasar kemahiran dan kepakaran dalam bidang pengurusan komuniti tempatan serta perancangan bandar, dan pasti dari individu tersebut dari golongan orang yang profesional.

Wira PERKASA menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan dan menyokong Akta Ibukota Persekutuan 1960 atau biasa disebut Akta 190, selaras dengan subseksyen 4(2), Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

MUHAMAD SYAFIQ
Ketua Wira PERKASA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: