Tempatan

Jasad Muslimah, Tidak Dikebumi Lebih Sebulan Negara Madani

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Pengerusi Eksekutif, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Ustaz Rafie Zainal mendedahkan isu jasad seorang Muslimah Filipina yang tidak dikebumi selama sebulan kerana masalah bayaran rawatan hospital tertunggak.

Menurutnya, almarhumah meninggal dunia pada 22 Februari 2023 lepas dan sehingga kini jasadnya masih berada dalam peti mayat Hospital Sg Buloh.

“Allahuakbar..Petang ini saya terima satu kes kematian muslimah warga Filipina. Arwah dah meninggal dunia sebulan.”

“Tapi jenazahnya tak dapat disempurnakan lagi kerana warisnya tak mampu untuk menuntut jenazah. Bil rawatan hospital RM 6,601.00 tak dapat dijelaskan lagi,” kata beliau dalam Facebooknya.

Isu ini kemudiannya cuba diselesaikan melalui sumbangan bantuan orang ramai. Saluran bantuan yang diusahakan Ustaz Rafie kemudiannya membuahkan hasil melalui sumbangan warga yang prihatin.

Isu ini mendapat perhatian banyak pihak yang rata-rata bersimpati dan turut mengkritik situasi yang dihadapi oleh jenazah tersebut yang seharusnya tidak berlaku di dalam suasana negara dan persaudaraan Islam.

Beberapa jam selepas beliau memuat naik isu jenazah Muslimah itu, Ustaz Rafie Zainal memaklumkan bahawa kutipan dana untuk menjelaskan bayaran bil rawatan hospital telah mencukupi. Beliau juga mengumumkan tabung sumbangan ditutup. Jenazah yang sudah tertangguh pengebumiannya selama sebulan, akan disempurnakan pagi esok.

“Alhamdulillah, kutipan dana untuk menjelaskan bayaran bil rawatan hospital bagi jenazah warga Filipina yang telah sebulan meninggal dunia telah pun mencukupi.

Dengan ini saya menutup sumbangan dana untuk kes ini. Bagi yang menyumbang lagi akan dimasukkan untuk kegunaan kes seterusnya dan pergerakan SPJM.

Insya’Allah, jenazah akan diuruskan pada pagi esok. Semoga dilancarkan segala urusan jenazahnya.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan memberkati rezeki yang kita usahakan. Aamiin.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: