Tempatan

Jantina Ketiga Tidak Dibenarkan Di Malaysia – Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 27 Jun 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, pendirian rasmi kerajaan ialah tidak membenarkan jantina ketiga di negara ini.

Tambah beliau, jantina ketiga perlu ditolak seperti pendirian Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

“Hujah yang tuntas perlu dikemuka untuk tidak membenarkan gender ketiga di negara ini kerana ini bertentangan dengan syariat Islam. Dan, kerajaan tidak menyokong sebarang kempen LGBT di negara ini.”

Baru-baru ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membangkitkan kemarahan masyarakat terutamanya Muslim apabila mengiklankan pencarian penyelidik bagi kajian keperluan undang-undang khusus mengiktiraf jantina ketiga dalam negara.

Isu ini mendapat tentangan daripada banyak pihak seperti lebih 150 NGO, MACSA, UMMAH, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Mardhiyyah Johari, Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia/ i-AWARE.

Menurut Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, “Usaha pihak SUHAKAM untuk menjalankan kajian untuk mengiktiraf golongan transgender ini adalah bertentangan dengan syariat Islam dan norma budaya di tanah air ini. Dalam Islam, Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya.”

Namun, Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Seri Hishamudin Yunus bertegas agar suruhanjaya itu diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini walaupun ditentang.

“Bagi SUHAKAM, kita tak boleh menidakkan hak asasi seseorang itu semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: